Pengenalan kaedah pembayaran tanpa tunai kini mendapat perhatian dan diteliti oleh kerajaan adakah amalan dan budaya bebas tunai dapat dipupuk dalam kalangan masyarakat hari ini. Perkara itu tidak mustahil memandangkan majoriti rakyat terutama di bandar kini lebih gemar memilih membeli barangan atau membayar perkhidmatan menggunakan kad debit atau secara atas talian kerana lebih mudah dan selamat. Ini sekali gus memberi petanda baik untuk Malaysia menjadi sebuah negara maju dengan penggunaan…










