Protes penyokong bayangi kemenangan Arsenal - Utusan Malaysia

Protes penyokong bayangi kemenangan Arsenal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 6 Jan. – Pengalaman pertama Unai Emery dalam Piala FA hari ini bermula dengan protes penyokong Blackpool yang duduk di atas bas Arsenal.

Bagaimanapun, aksi pusingan ketiga Piala FA itu berakhir dengan skuad bimbingan Emery, Arsenal mencatat kemenangan selesa 3-0 untuk layak ke pusingan keempat.

Dalam aksi di Bloomfield Road, Blackpool itu, pemain remaja berusia 19 tahun, Joe Willock mencuri tumpuan apabila meledak dua gol Gunners.

Satu lagi jaringan disempurnakan oleh Alex Iwobi.

“Arsenal terlalu bagus buat kami malam ini,” kata pengendali Blackpool, Terry McPhillips.

Terdahulu sebelum permainan bermula, drama tercetus di luar stadium apabila penyokong Blackpool memulaukan perlawanan di tempat sendiri sebagai tanda protes terhadap cara pemilik kelab, keluarga Oyston menguruskan pasukan.

Seorang penyokong bertindak duduk di bumbung bas Arsenal menyebabkan pasukan itu bertolak lewat dari hotel penginapan di Preston.

“Kami lakukan apa sahaja yang terbaik hari ini, malah semua pemain bekerja keras.

“Kami menyerlahkan kualiti sebenar dan apa yang lebih menggembirakan adalah melihat pemain muda beraksi baik,” kata Emery. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN