PROTEGE tambah program keusahawanan - Utusan Malaysia

PROTEGE tambah program keusahawanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR-  Agensi Professional Training & Education for Growing Entrepreneurs  (PROTEGE) bakal menambah lapan program baharu bagi melahirkan kumpulan usahawan selain daripada memberi pekerjaan kepada peserta program. 

Elemen baharu itu ialah latihan amali keusahawanan; kem latihan; pemacu perniagaan; koperasi; teknologi maklumat dan komunikasi; Ready To Work; Booster dan Industri.

Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof berkata, penambahan itu adalah strategi kerajaan bagi menangani masalah kekangan peluang pekerjaan terutama kepada lepasan universiti selain masalah pemberhentian pekerja.

“Kementerian berpendapat penyelesaian terbaik untuk menangani isu kekangan pekerjaan ini ialah dengan melatih lebih ramai usahawan untuk membuka ruang minda bahawa menjadi usahawan juga boleh menjadi alternatif pencarian rezeki yang baik selain kerja makan gaji.

“Penjenamaan semula PROTEGE ini akan memberikan lebih penekanan dalam aspek keusahawanan sebagai persediaan kepada anak- anak muda menjana pendapatan selaku pencipta pekerjaan yang boleh berkembang menjadi majikan memayungi pengganggur yang lain,” katanya pada ucapan Majlis Pelancaran PROTEGE bersempena program PROTEGE -Tenaga Nasional Berhad (TNB) 2019 di sini petang tadi.

Protege sebelum ini dikenali sebagai Skim Latihan 1Malaysia. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN