PRIHATIN. Sebanyak 10 keluarga di Kampung Padang dan Teluk Petata Mukim Kupang di Baling, Kedah menerima manfaat sempena program Ziarah Prihatin 2019 anjuran Pertubuhan Kebajikan Penduduk Daerah Baling (Perkeba) dengan kerjasama Persatuan Sahabat Amal Baling (PSAB) baru-baru ini.
Setiausaha Perkeba, Mohd. Nazry Md. Bidin berkata, sumbangan barang makanan diberikan kepada 10 penduduk di kampung berkenaan.
“Program ini merupakan inisiatif tanggungjawab Perkeba terhadap mereka yang memerlukan. Sumbangan barangan keperluan asas diberikan kepada ibu tunggal, warga emas, pesakit terlantar dan orang kelainan upaya di kampung berkenaan,” katanya.










