DALAM acara yang melibatkan pertandingan, badi kekalahan sering menjadi igauan. Badi itu kadang memakan masa yang begitu panjang. Misalnya di Liga Perdana Inggeris, Arsene Wenger hanya berjaya menamatkan badi kekalahannya kepada Jose Mourinho selepas 14 kali percubaan. Tidak terkecuali dalam arena politik. Di Selangor, Barisan Nasional (BN) dan UMNO sudah tiga kali tewas pilihan raya umum. Jika dihitung dari segi penggal, ia memakan masa 15 tahun dan sejak 2008, tiada…










