IPOH 16 Jan. – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan sedang menjalankan siasatan berhubung kes gambar seorang wanita yang mengagihkan wang kepada sukarelawan Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands seperti tular dalam media sosial sejak Ahad lalu. Pengarah SPRM Perak, Datuk Zainul Darus berkata, setakat ini sebanyak tujuh orang telah dirakam percakapan di Cameron Highlands dan kesemuanya dipanggil sebagai saksi bagi membantu siasatan selepas pihaknya menerima aduan berhubung kes tersebut.…










