PRK Cameron Highlands: Ramli janji beri khidmat terbaik - Utusan Malaysia

PRK Cameron Highlands: Ramli janji beri khidmat terbaik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CAMERON HIGHLAND – Calon BN, Ramli Mohd. Nor berjanji akan berusaha memberikan khidmatnya kepada rakyat di Cameron Highland setelah memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) parlimen tersebut hari ini.

Pesara Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu memperolehi undi sebanyak 12,038 berbanding calon Pakatan Harapan (PH), M. Manogaran yang mendapat 8,800 undi.

Ramli mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengundi dan jentera BN yang banyak membantunya dalam kampen kali ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya tidak mahu cakap panjang hari ini, saya ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada semua pengundi yang telah memilih saya.

“Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua jentera termasuk BN, Pas, MIC dan MCA yang bersungguh-sungguh membantu saya,” jelasnya.

Ramli berkata demikian ketika sidang akhbar selepas pengumuman kemenangannya pada PRK Cameron Highland dekat sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×