PRK Cameron Highlands: Polis jamin keselamatan pengundi - Utusan Malaysia

PRK Cameron Highlands: Polis jamin keselamatan pengundi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANAH RATA – Pengundi di Parlimen Cameron Highlands dinasihat supaya tidak bimbang dengan keselamatan mereka untuk keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) 26 Jan itu.

Ketua Polis Pahang, Datuk Mohd Zakaria Ahmad ketika memberi jaminan itu berkata pihaknya mempunyai kekuatan mencukupi untuk memastikan keselamatan pengundi.

“Kepada pemilih, kita jamin ketenteraman, keadaan tenang dan terkawal. Polis akan sentiasa pantau.

“Kita sentiasa berusaha pastikan perjalanan PRK ini lancar, licin dan tidak berlaku perkara yang tidak diingini,” katanya dalam sidang akhbar selepas proses penamaan calon PRK Cameron Highlands di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Zakaria berkata, seramai 1,132 pegawai dan anggota polis ditugaskan bagi menghadapi PRK Cameron Highlands dengan 531 daripadanya bertugas pada penamaan calon hari ini. – Bernama
 
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN