PRK Cameron Highlands: Manogaran tetap berkhidmat kepada masyarakat walaupun kalah - Utusan Malaysia

PRK Cameron Highlands: Manogaran tetap berkhidmat kepada masyarakat walaupun kalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CAMERON HIGHLANDS – Calon Pakatan Harapan (PH), M. Manogaran tetap akan terus memberikan khidmatnya kepada masyarakat Cameron Highlands meskipun beliau tidak memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen tersebut Sabtu ini. 

Menurut Manogaran, sama ada kalah atau menang, dia tetap berusaha dan komited dalam memberi perkhidmatan kepada penduduk.

“Sebagai calon, kalah atau menang adalah perkara biasa. Kerajaan PH adalah kerajaan sekarang dan jika saya menang, ia lebih baik untuk masyarakat di sini.

“Bagaimanapun, jika saya kalah, kita akan terus menyambung kerja seperti biasa untuk memberi perkhidmatan kepada penduduk di sini,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan di Pasar Pagi Tanah Rata di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN