PRK Cameron Highlands: Calon bebas dakwa permit import kubis disalahgunakan - Utusan Malaysia

PRK Cameron Highlands: Calon bebas dakwa permit import kubis disalahgunakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANAH RATA – Kira-kira 2,000 petani di Cameron Highlands terpaksa mengalami kerugian yang besar selepas harga sayur-sayuran terutamanya kubis mengalami kejatuhan sejak lapan bulan lalu. 

Calon Bebas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands, Wong Seng Yee berkata, harga jualan ladang bagi sayuran tersebut semurah 50 sen bagi satu kilogram (kg) menyebabkan para petani mengalami kerugian kerana harga yang boleh menjana untung buat mereka adalah RM1 dan ke atas.

“Saya menerima banyak aduan daripada para petani mengenai kejatuhan harga sayur-sayuran terutamanya kubis. 

“Maklumat yang saya terima perkara ini berlaku kerana terdapat penyalahgunaan permit import (AP) selepas pemegang permit berkenaan membawa masuk kubis yang banyak ke dalam negara menyebabkan lambakan sehingga harga pasaran jatuh,” katanya pemberita pada sidang akhbar di sini hari ini. 

Tambah Seng Yee, kini para peniaga mengalami kerugian besar selepas terpaksa menanggung kos pengeluaran yang besar berbanding harga jualan kepada orang tengah. 

“Kini sudah lapan bulan para petani terpaksa menanggung kerugian. Sekiranya dalam tempoh 2,3 bulan akan datang harga jualan kepada orang tengah masih sekitar 50 hingga 80 sen, mereka akan mengalami kerugian berterusan selama setahun.

“Dengan ini saya menyeru kepada kerajaan terutamanya Jabatan Pertanian agar mengkaji dan memantau penyalahgunaan AP agar harga sayur di pasaran dapat distabilkan sehingga para petani dapat membuat keuntungan dan pengguna dapat membeli dengan harga yang berpatutan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN