PRK Cameron Highlands: 247 anggota polis mengundi awal Selasa ini - Utusan Malaysia

PRK Cameron Highlands: 247 anggota polis mengundi awal Selasa ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CAMERON HIGHLANDS – Seramai 247 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menunaikan tanggungjawab mengundi awal sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands Selasa ini. 

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun berkata, semua mereka akan mengundi di pusat mengundi di bilik maklumat di Balai Polis Brinchang dan Balai Polis Sungai Koyan.

“Pusat mengundi awal di bilik maklumat Balai Polis Brinchang akan dibuka bermula pada pukul 8 pagi sehingga 5 petang manakala di bilik maklumat Balai Polis Sungai Koyan pula pada pukul 8 pagi hingga 2 petang.

“Proses pengundian awal itu akan disaksikan oleh ejen-ejen calon yang bertanding di bahagian-bahagian pilihan raya berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Tambah Azhar, pemerhati-pemerhati pilihan raya daripada wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dilantik SPR juga akan turut menyaksikan proses pengundian awal itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN