Prestasi buruk menteri faktor kalah - Utusan Malaysia

Prestasi buruk menteri faktor kalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Jan. – Prestasi buruk beberapa menteri Kabinet Pakatan Harapan (PH) menjadi satu daripada faktor penyumbang kekalahan parti itu di Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Ca­me­ron Highlands.

Rakyat dikatakan amat sensitif terhadap dasar-dasar dan langkah diperkenalkan oleh beberapa menteri Kabinet ber­kenaan sejak menjadi kerajaan sembilan bulan lalu.

Sebilangan kenyataan-kenya­taan dikeluarkan beberapa menteri Kabinet juga menjadi bahan

MD. SHUKRI SHUIB
MD. SHUKRI SHUIB 

jenaka warganet dan tular dalam media sosial.

Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Md. Shukri Shuib berkata, bagi mengatasi masalah itu, dasar-dasar untuk menggembirakan rakyat perlu diperkenalkan.

“Saya berharap rombakan Kabinet dapat dilakukan. Prestasi beberapa menteri Kabinet amat mendukacitakan. Selepas ini, lantik lebih banyak senator daripada kalangan profesional supaya nampak lebih profesio­nal,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Barisan Nasional (BN) menang besar pada PRK Parlimen Cameron Highlands semalam dengan mendapat majoriti 3,238 undi. Calon BN, Ramli Mohd. Nor memperoleh 12,038 undi menewaskan calon PH, M. Manogaran de­ngan 8,800 undi.

JENIRI AMIR
JENIRI AMIR 

Sementara itu, Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Prof. Madya Dr. Jeniri Amir pula berkata, pelbagai isu rakyat tidak ditangani dengan baik oleh kerajaan PH.

Katanya, isu-isu sensitif berkaitan bumiputera, Melayu, Islam dan pelajar perlu dita­ngani dengan baik dan ia boleh menjadi ‘senjata makan tuan’ sekiranya gagal diselesaikan.

“Kekalahan PH semalam menjadi satu pukulan besar buat mereka dan menunjukkan mereka tidak diterima rak­yat. Banyak janji manifesto tidak dapat ditunaikan termasuk mengurangkan kos sara hidup. Rakyat kini menjadi muak,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN