ISTANBUL 27 Jan. – Presiden Venezuela, Nicolas Maduro menolak untuk mengadakan pilihan raya dalam tempoh lapan hari malah menyifatkan negara-negara Eropah sebagai biadap.
Dalam temu bual bersama agensi berita CNN Turki, Maduro turut menyifatkan ketua pembangkang, Juan Guaido telah melanggar pelembagaan apabila mengisytiharkan dirinya pemimpin Venezuela baharu.
Walaupun terbuka untuk mengadakan dialog, Maduro bagaimanapun beranggapan pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump sebagai tidak masuk akal, namun tidak mustahil. -REUTERS










