MEXICO CITY 5 Jan. – Presiden Mexico, Andres Manuel Lopez Obrador mendedahkan bahawa beliau tidak memiliki sebarang harta termasuk hartanah, harta persendirian dan kereta. Pendedahan itu memberi gambaran bahawa Lopez Obrador gemar memindahkan aset yang dmilikinya kepada ahli keluarganya. Lopez Obrador yang dilantik Disember lalu memberitahu wartawan dalam satu sidang akhbar bahawa kereta dan kediaman keluarga adalah di bawah nama isterinya. – REUTERS










