Presiden Bank Dunia umum letak jawatan - Utusan Malaysia

Presiden Bank Dunia umum letak jawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON 8 Jan. – Presiden Bank Dunia, Jim Yong Kim semalam mengumumkan beliau akan meletakkan jawatan pada bulan hadapan, lebih tiga tahun sebelum tempoh penggal kepimpinannya tamat.

Keputusan itu berkemungkinan memberi peluang kepada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump untuk memilih pengganti Yong Kim.

“Saya amat berbesar hati dapat berkhidmat sebagai presiden di institusi yang hebat ini, penuh dengan individu yang bersemangat memberi dedikasi terhadap misi menamatkan kemiskinan sepanjang hayat kami,” ujar Yong Kim dalam satu kenyataan dikeluarkan.

Beliau akan menyertai sebuah firma yang belum dinamakan lagi memfokuskan mengenai pelaburan dalam negara-negara membangun. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN