Prasarana tubuh kumpulan komuniti cegah kecurian - Utusan Malaysia

Prasarana tubuh kumpulan komuniti cegah kecurian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 24 Jan. – Prasarana Malaysia Berhad ( Prasarana) bercadang mewujudkan kumpulan komuniti yang berfungsi seperti Rakan Cop bagi mengurangkan kes kecurian di sepanjang laluan Transit Aliran Massa (MRT).

Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Sdn. Bhd. Khairani Mohamed memberitahu, kumpulan yang dianggotai oleh masyarakat sekeliling itu dijangka dilaksanakan pada awal April tahun ini.

“Setakat ini pihak kami hanya mempunyai 158 pengawai keselamatan, jumlah tersebut tidak cukup untuk memantau laluan MRT sepanjang 42 kilometer.

“Oleh itu, kerjasama daripada orang ramai sangat diperlukan bagi mencegah masalah kecurian. Sepanjang MRT beroperasi sejak tiga tahun lalu, sebanyak lapan kes kecurian telah berlaku melibatkan kerugian sehingga enam juta,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan pencerobohan seorang lelaki yang memakai jersi pasukan bola sepak Manchester United dipercayai mencuri kabel di laluan trek MRT di antara stesen Pusat Bandar Damansara dengan Phileo Damansara.

Kejadian menyebabkan perkhidmatan MRT terhenti buat seketika.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×