Polis tahan penganjur Neon Countdown 2019 - Utusan Malaysia

Polis tahan penganjur Neon Countdown 2019

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON 2 Jan. – Polis menahan penganjur sambutan tahun baharu, Neon Countdown 2019 yang diadakan di hadapan sebuah pusat peranginan di Lukut dekat sini pada 31 Disember lalu.

Ketua Polis daerah, Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata, wanita berusia 36 tahun itu ditahan di bawah Seksyen 15 Akta Perhimpunan Aman 2012.

“Polis mendapati program yang berlangsung pada malam itu bertentangan seperti yang dimohon oleh penganjur. Turut dikesan aktiviti penjualan dan penggunaan minuman keras.

“Tangkapan telah dilakukan terhadap penganjur iaitu seorang perempuan Melayu berumur 36 tahun kira-kira pukul 9.45 malam semalam bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Aidi Sham berkata, polis turut menahan lima individu dalam sambutan itu iaitu seorang wanita berusia 22 tahun dan empat lelaki berusia antara 25 hingga 34 tahun kerana memiliki dan mengambil dadah.

Menurut beliau, wanita dan dua lelaki yang ditahan itu beralamat di Selangor, manakala dua lagi lelaki yang ditahan masing-masing dari Kuala Lumpur dan Kelantan.

Ujarnya, polis turut merampas 30 biji pil ekstasi, tujuh biji pil eramin 5, satu paket plastik mengandungi ketamin seberat satu gram dan sebatang rokok mengandungi ganja seberat satu gram. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN