Polis serbu pejabat HRDF - Utusan Malaysia

Polis serbu pejabat HRDF

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 Jan. – Ibu pejabat Tabung Pembangunan Sumber Manusia Bhd (HRDF) di Bukit Damansara, di sini diserbu polis berhubung siasatan kes penyelewengan dana, penipuan dan salah guna kuasa membabitkan lembaga pengarah terdahulu.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata, pihaknya melakukan serbuan bersama Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields kira-kira pukul 10 pagi tadi.

“Hanya dokumen sahaja yang diambil untuk tujuan siasatan dan tiada sebarang individu yang ditahan.

“Beberapa individu juga akan dipanggil untuk memberi keterangan berkaitan dengan kes,” katanya.

Menurut Saiful Azly, kes kini disiasat mengikut Seksyen 409 Kanun keseksaan kerana pecah amanah.

Pada November tahun lalu, Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran mendedahkan terdapat penyelewengan dana dan salah guna kuasa melibatkan pengurusan terdahulu perbadanan itu.

Satu jawatankuasa khas di bawah Kementerian Sumber Manusia juga ditubuhkan untuk meneliti aduan-aduan berhubung agensi itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN