PASIR MAS – Polis mengesahkan tiada sebarang bom ditemukan dalam sebuah kereta jenis Perodua Axia di salah sebuah stesen minyak di Pasir Mas seperti laporan yang diterima pihaknya malam tadi. Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Abdullah Mohammad Piah berkata, hasil pemeriksaan selama tiga jam oleh Unit Pemusnah Bom, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan mendapati kenderaan tersebut tidak mempunyai bahan letupan. “Kita menerima panggilan pada pukul 8.30 malam…










