Polis, pemberontak Myanmar bertempur - Utusan Malaysia

Polis, pemberontak Myanmar bertempur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YANGON 2 Jan. – Polis Myanmar dilaporkan bertempur dengan kumpulan pemberontak di negeri Rakhine hari ini.

Menurut laporan media tempatan, pertempuran tersebut masih berlaku antara pasukan keselamatan dan kumpulan bersenjata mewakili golongan kumpulan etnik Buddha di negeri berkenaan.

Lapor akhbar Global New Light of Myanmar, seorang anggota polis cedera parah selepas dierang oleh kira-kira 30 lelaki yang membawa senjata api kecil serta berat berdekatan kampung Saytaung, kawasan Buthidaung.

Namun jurucakap Tentera Arakan, Khin Thu Kha menafikan kumpulan terbabit terlibat dalam serangan itu. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×