Polis cari suspek kes bunuh lelaki dalam hotel - Utusan Malaysia

Polis cari suspek kes bunuh lelaki dalam hotel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAJANG – Polis mencari seorang lelaki yang merupakan suspek dikehendaki bagi kes bunuh seorang lelaki di sebuah bilik hotel di Dataran C180, Sungai Chua di sini pada 31 Ogos tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yusoff berkata, polis mencari suspek, Low Meng Kong, 19, bagi siasatan kes di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu.

“Alamat terakhir suspek adalah di Flat Kajang Mewah, Taman Kajang Mewah, Sungai Chua di sini.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan suspek boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Kes, Asisten Superintendan Ismail Ahmad di talian 019-2306107 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kosmo! pada 1 September tahun lalu melaporkan seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan mulut berbuih di bilik hotel tersebut.

Mangsa yang berusia 29 tahun ditemui dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri oleh seorang pekerja hotel yang ingin melakukan kerja-kerja pembersihan di bilik berkenaan dan siasatan awal yang dilakukan tidak menemui sebarang kesan kecederaan pada badan lelaki itu, namun terdapat buih pada hidung serta mulut mangsa. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN