“Pokok pisang selamatkan saya” - Utusan Malaysia

“Pokok pisang selamatkan saya”

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 29 Jan. – “Kalau saya tak berpaut pada batang pisang, mungkin saya sudah mati.”

Demikian luahan seorang warga emas, Jarnah Sartak, 80, yang bernasib baik kerana selamat semasa dihanyutkan oleh ombak tsunami yang melanda Kampung Cikujang, Desa Tanjung Jaya, Kecamatan Panimbang, Banten baru-baru ini.

Mengakui masih trauma dengan bencana itu, namun dia yang tinggal bersama-sama anak,

JARNAH SARTAK
JARNAH SARTAK 

menantu dan cucunya tetap bersyukur terselamat serta tidak mengalami sebarang kecederaan.

Semasa kejadian dia berada di gerai makan yang diusahakan dan pada mulanya menyangka bunyi ‘bising’ yang datang dari arah pantai berhampiran adalah bunyi kenderaan.

“Namun, tiba-tiba yang datang adalah ombak tsunami dan nasib baik saya sempat berpaut di batang pokok pisang yang turut dibawa tsunami. Saya berdoa supaya diselamatkan dan alhamdulillah apabila air tsunami surut, saya terdampar beberapa meter di gerai yang sudah musnah,” katanya.

Jarnah adalah antara lebih 100 penduduk di kampung berkenaan yang menerima sumbangan daripada MyCare dan Econsave yang disampaikan oleh Pengerusi MyCare Johor, Prof. Madya Dr. Mohd. Zin Kandar dan Pengurus Besar Econsave Wilayah Selatan, Mas Imran Adam.

Mas Imran memaklumkan, sebanyak RM25,000 diberikan kepada mangsa bencana itu di kampung tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN