Pogba gesa United segera bangkit - Utusan Malaysia

Pogba gesa United segera bangkit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 30 Jan. – Paul Pogba menggesa Manchester United untuk belajar daripada kesilapan ketika menentang Burnley yang memusnahkan rekod kemenangan bersih mereka semasa di bawah kendalian Ole Gunnar Solskjaer selepas terikat 2-2 di Old Trafford.

Skuad kendalian Sean Dyche hampir membawa pulang tiga mata penuh selepas mendahului perlawanan 2-0 menerusi jaringan Ashley Barnes dan Chris Wood tetapi jaringan penalti Pogba dan Victor Lindelof berjaya menyelamatkan keadaan.

Bagaimanapun keputusan itu menyaksikan rekod lapan kemenangan berturut-turut mereka lebur.

“Kami perlu belajar daripada kesilapan dan membuat perubahan dalam perlawanan akan datang.

“Seperti pengurus kam katakan, kami perlu agresif kerana sikap itu membolehkan lawan kami berada di depan terlebih dahulu.

“Kami bermain seperti kami sudah menang 1-0 atau 2-0, sebab itu semuanya tidak menjadi.

“Kebangkitan kami sangat positif tetapi keputusan sangat mengecewakan. Reaksi cukup bagus, kami tidak kala tetapi kehilangan dua mata dalam perlawanan yang kami boleh menang,” kata Pogba.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×