LONDON 2 Jan. – Mauricio Pochettino menerima tawaran daripada Real Madrid untuk menjadi pengurus mereka yang baharu, menurut wartawan Daily Record,Duncan Castles.
Castles mendedahkan, Manchester United mungkin terlepas untuk mendapatkan pengurus Tottenham itu kerana mengambil sikap melihat dulu bagaimana prestasi Ole Gunnar Solskjaer.
Solskjaer dibawa masuk sebagai pengurus sementara selepas pemecatan Jose Mourinho, dan dia memenangi kesemua tiga perlawanan setakat ini.
Bagaimanapun Red Devils sebelum ini menyatakan keseriusan untuk mendapatkan jurulatih kelahiran Sepanyol itu biarpun bakal menerima saingan Real.
Pengurus Real ketika ini, Santiago Solari kelihatan seperti menunggu masa untuk disingkirkan kerana Pochettino berada dalam senarai teratas nama yang dikehendaki Presiden kelab, Florentino Perez.
“Pada pasaran perpindahan, jika Glazers (pemilik Manchester United) diberi peluang untuk menjimatkan wang dengan memberi tugas pengurus kepada Solskjaer tanpa perlu membeli Pochettino mereka mungkin melakukannya.
“Apa pun, saya tidak fikir Solskjaer adalah pilihan untuk jangka panjang.
“Pochettino juga menerima tawaran daripada Madrid, dan sekarang dia harus menentukan yang mana satu lebih menarik,” kata Castles. – AGENSI










