LUMUT 31 Jan. – Pasukan PKNP FC menyasarkan kelompok lima teratas dalam saingan Liga Super musim ini selain mahu layak sekurang-kurangnya ke separuh akhir Piala Malaysia dan Piala FA. Presiden PKNP FC, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin berkata, sasaran itu realistik setelah PKNP FC menamatkan saingan liga musim lalu di tangga kesembilan. Menurutnya, kejayaan pasukan itu layak sehingga ke separuh akhir Piala FA musim lalu memberi semangat untuk pasukan itu memperbaiki…