Pil kuda jadi pilihan rangsang syahwat? - Utusan Malaysia

Pil kuda jadi pilihan rangsang syahwat?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS – Dadah jenis pil kuda dikesan menjadi pilihan dalam kalangan lelaki di daerah ini untuk merangsang daya seksual mereka sebelum mereka tidak dapat membendung ketagihan dan menjadi penagih dadah.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Abdullah Mohammad Piah berkata, hasil risikan serta siasatan yang dilakukan pihaknya terhadap suspek pil kuda ini mendapati mereka mula berjinak-jinak untuk membangkitkan daya seksual.

“Awalnya mereka ambil pil kuda untuk membangkitkan daya seksual namun pengambilan tanpa kawalan serta kebergantungan mereka kepada pil itu berubah kepada ketagihan.

“Jadi daripada untuk ‘suka-suka’ mereka mula berubah menjadi ketagih dan terjerumus menjadi penagih tegar,” katanya ketika ditemui pada sidang akhbar di sini semalam.

Dalam pada itu, Abdullah memberitahu, pada Jumaat dan Sabtu lalu, pihaknya berjaya merampas 1,300 bijil pil kuda, 52 gram syabu dan tiga gram heroin dalam dua serbuan berasingan di Kampung Gaung serta Bunut Susu di sini.

Katanya, dalam kedua-dua serbuan itu polis berjaya menahan tiga lelaki berusia 27 hingga 37 tahun dipercayai pengedar dadah secara kecil-kecilan di kawasan tersebut dan merampas dadah bernilai RM18,000.

Abdullah berkata, pihaknya akan terus melipat gandakan operasi dalam usaha membanteras aktiviti tersebut. – K! ONLINE 
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN