SEREMBAN 7 Jan. – Pihak pengurusan Masjid Ibnu Khaldun Taman Lavender Heights, Senawang di sini hari ini menafikan mereka mempunyai kaitan dengan kematian beberapa ekor anjing yang dipercayai diracun di kawasan itu baru-baru ini. Pengerusinya, Mohd. Asna Amin berkata, beliau telah dipanggil polis untuk memberi keterangan dan menolak dakwaan bahawa beliau atau pihak masjid meletakkan racun di dalam makanan haiwan sehingga menyebabkan anjing yang memakannya mati. “Gambar yang tular menunjukkan…










