CAIRO 28 Jan. – Piala Negara-Negara Afrika yang akan berlangsung di Mesir pada Jun dan Julai ini akan dipinda seminggu lewat bagi memenuhi bulan mulia, Ramadhan, kata ketua kejohanan tersebut kepada AFP hari ini.
Pertandingan selama empat minggu yang dijadualkan berlangsung pada 15 Jun-13 Julai akan ditunda kepada tarikh baharu iaitu 21 Jun-19 Julai kata Mohamed Fadl, juga bekas pemain yang diberikan mandat untuk menyelia kejohanan benua itu oleh Persatuan Bola Sepak Mesir (EFA).
“Konfederasi Bola Sepak Afrika telah dimaklumkan secara rasmi berhubung tarikh baharu itu.
“Keputusan itu dibuat setelah mengambil kira permintaan dari negara Maghribi, Tunisia dan Algeria yang mahu pemain mereka mempunyai masa untuk berehat selepas penghujung Ramadan,” ujarnya.
Bulan Ramadan, di mana umat Islam akan melaksanakan ibadah puasa, akan bermula pada Mei hingga awal Jun ini.
Piala Negara-Negara Afrika buat pertama kalinya untuk tahun ini berlangsung pada musim panas, dan melibat 24 pasukan berbanding 16 sebelum ini.- AFP










