Piala FA: Akibat turunkan skuad kedua, Liverpool tersingkir - Utusan Malaysia

Piala FA: Akibat turunkan skuad kedua, Liverpool tersingkir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WOLVERHAMPTON, United Kingdom 8 Jan. – Liverpool yang menurunkan skuad keduanya tersingkir daripada saingan Piala FA musim ini lebih awal selepas tewas 1-2 kepada Wolverhampton dalam aksi pusingan ketiga awal pagi ini.

Keputusan pengurus Jurgen Klopp melakukan sembilan perubahan pemain termasuk menyenaraikan tiga pemain muda ternyata membawa padah apabila pasukan tuan rumah tidak melepaskan peluang meratah mereka dengan satu gol dalam setiap babak menerusi Raul Jimenez dan Ruben Neves.

Walaupun pada satu ketika, Liverpool berjaya bangkit daripada ketinggalan 0-1 di babak pertama menerusi gol penyamaan Divock Origi di awal babak kedua namun ia sudah terlambat untuk menyekat kebangkitan Wolverhampton.

Ini merupakan kekalahan kedua berturut-turut Liverpool dalam masa lima hari. Sebelum ini mereka tewas buat kali pertama dalam saingan Liga Perdana Inggeris Jumaat lalu kepada Manchester City yang menang 2-1. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN