TANAH RATA 17 Jan. – Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Pakatan Harapan (PH) tidak menggunakan pendekatan politik wang ketika berkempen sebagaimana Barisan Nasional (BN) bagi mendapatkan sokongan. Ketika berucap di hadapan kira-kira 200 anggota komuniti Orang Asli Pos Betau dekat sini, Anwar berkata pengundi Parlimen Cameron Highlands harus percaya dan yakin bahawa kerajaan baharu akan menyalurkan peruntukan sebaik sahaja calonnya diberi manat dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan…










