PH musuh utama Pas, BN - Utusan Malaysia

PH musuh utama Pas, BN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS 23 Jan. – Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menyifatkan Pakatan Harapan (PH) sebagai musuh utama yang nyata dan jelas parti itu serta Barisan Nasional (BN).

Sehubungan itu, Nik Mohamad Abduh menggesa penyokong dan ahli parti itu menggunakan pertimbangan rasional untuk mengundi calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands Ramli Mohd.Nor Sabtu ini.


Beliau yang juga ahli Parlimen Bachok berkata, perkara itu kini sudah jelas dan kedua-dua parti, Pas serta BN perlu bersatu dengan melupakan bibit permusuhan satu ketika dahulu demi menentang PH.


“Dulu memanglah BN dan UMNO musuh kita.Tapi selepas apa yang berlaku pada Mei lalu, selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), kita sudah nampak siapa musuh dan siapa yang boleh dijadikan kawan dalam memperjuangkan agama Islam.


“Pas yakin dengan kebijaksanan ahli dan penyokong dalam membuat pilihan dan mengundi calon terbaik. Ahli Pas tahu dengan kewajipan mengundi untuk memilih pemimpin yang baik menerajui negara kerana mereka (PH) masih gagal menunaikan janji,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap dalam program ceramah bersama Pas dan BN di Dataran Sungai Koyan sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highland di sini semalam. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN