PH henti serta merta guna jentera kerajaan - Utusan Malaysia

PH henti serta merta guna jentera kerajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CAMERON HIGHLANDS 21 Jan. – Pakatan Harapan (PH) akan menghentikan serta merta penggunaan semua jentera kerajaan untuk berkempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands.

Calon PH, M. Manogaran berkata, pihaknya akan menghentikan apa juga kemudahan kerajaan termasuk kenderaan atau jentera kerajaan yang tidak selaras dengan panduan undang-undang pilihan raya.

“Saya berharap pihak lawan (Barisan Nasional) juga harus patuh kepada 
undang-undang kerana saya juga dapat tahu mereka juga tidak mematuhi 
undang-udang dalam kempen PRK di sini,” katanya.

Beliau mengulas rakaman viedo yang tular di laman sosial sebuah kenderaan 
pacuan empat roda yang dinaiki kedua-dua lelaki mempunyai logo Jabatan 
Perhutanan Negeri Pahang yang disembunyikan di bawah bendera parti 
PH dan Jalur Gemilang. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN