PH bantu SJKC Yuk Tze dapatkan peruntukan tambahan - Utusan Malaysia

PH bantu SJKC Yuk Tze dapatkan peruntukan tambahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT 9 Jan. – Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yuk Tze, di sini memerlukan peruntukkan tambahan sebanyak RM700,000 bagi menyiapkan bangunan empat tingkat yang masih dalam proses pembinaan ketika ini.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) negeri, Datuk Husam Musa berkata, pihaknya akan berusaha mendapatkan peruntukkan tambahan itu.

“Kita akan mengemukakan permohonan peruntukkan tambahan ini melalui menerusi Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kewangan.

“Ini merupakan salah satu usaha PH Kelantan membantu SJKC yang tertua di Kelantan,” katanya kepada pemberita selepas melawat tapak pembinaan bangunan tambahan SJKC Yuk Tze, di sini, hari ini.

Yang hadir sama, Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) negeri, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.

Pembinaan bangunan empat tingkat ini bagi menyelesaikan masalah kekurangan bilik darjah yang sedang dihadapi ketika ini.

Kekurangan itu menyebabkan murid tahun 4 dan 5 yang terdiri daripada pelbagai kaum terpaksa menumpang di Sekolah Kebangsaan (SK) Kelaboran buat sementara waktu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN