Pesara polis terharu terima bantuan kerusi roda - Utusan Malaysia

Pesara polis terharu terima bantuan kerusi roda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG BESAR 9 Jan. – Pesara polis Md Rozi Ahmad yang menderita akibat penyakit kencing manis dan kegagalan buah pinggang terharu menerima sumbangan sebuah kerusi roda bagi memudahkan pergerakannya.


Ketua Polis Perlis SAC Noor Mushar Mohamad menyerahkan kerusi roda itu kepada Md Rozi, 63, di kediamannya di Kampung Baru, Chuping di sini, hari ini.


Bekas konstabel polis itu mempunyai empat orang anak hasil perkahwinan dengan isteri pertamanya yang telah meninggal dunia dan turut menjadi penjaga kepada seorang lagi anak berstatus OKU .


Anak-anaknya itu yang berusia dari 5 hingga 16 tahun dan masih bersekolah sementara isteri keduanya, Faridah Din, 35, tidak bekerja.


Menurut Noor Mushar, kerusi itu disumbangkan oleh pasukan polis dan Persatuan Kepolisan Komuniti Malaysia yang menghargai jasa dan sumbangan pesara-pesara polis.


Selain kerusi roda, bantuan lain yang merupakan barangan keperluan harian seperti beras, tepung dan minyak masak disampaikan kepada Md Rozi yang berkhidmat hampir 35 tahun dalam pasukan polis sebelum bersara pada 2010. – BERNAMA

 

 



Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN