KUALA LUMPUR – Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) berjaya menjual 227,243 unit kenderaan pada 2018, angka tertinggi dalam sejarahnya dan kini menyasarkan peningkatan jualan sebanyak empat peratus kepada 231,000 unit menjelang akhir 2019. Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, sasaran pencapaian itu dijangka dipacu oleh prestasi model terlaris, Myvi serta kenderaan utiliti sukan (SUV) terbaharunya, Aruz. “Myvi merupakan model terlaris Perodua pada 2018 dengan sejumlah…










