Perodua Aruz RM72,200 hingga RM77,200 sebuah - Utusan Malaysia

Perodua Aruz RM72,200 hingga RM77,200 sebuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 Jan. – Tempahan kenderaan utiliti sukan (SUV) keluaranPerusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua), Perodua Aruz kini dibuka dengan anggaran harga antara RM72,200 dan RM77,200 sebuah tidak termasuk insurans untuk Semenanjung Malaysia.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, Perodua Aruz ditawarkan dalam dua varian iaitu 1.5X dan 1.5 Advance dengan lima pilihan warna antaranya Ivory White, Glittering Silver, Electric Blue, Granite Greydan serta warna baharu iaitu Amazon Green.

Menurut beliau, jentera tersebut mendapat penarafan keselamatan lima bintang ASEAN NCAP dan dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan seperti Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC), Bantuan Mula-Daki (HSA), ISOFIX dan enam beg udara. 


ARUZ
ARUZ 

“Ciri-ciri ini adalah standard untuk kesemua varian. Varian Advance menampilkan sistem bantuan pemanduan selamat (ASA) yang telah dipertingkatkan iaitu ASA 2.0.


“ASA adalah sistem bantuan pemanduan yang membantu mengurangkan risiko pelanggaran dan bukan gantian kepada pemanduan selamat. Aruz dikuasakan enjin empat silinder 1.5 liter blok aluminium dengan Dual VVT-i dan transmisi automatik yang dikawal secara elektronik (E-AT),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE


Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN