Permohonan Musa Aman dapatkan pasport bagi rawatan kesihatan ke luar negara dibenarkan - Utusan Malaysia

Permohonan Musa Aman dapatkan pasport bagi rawatan kesihatan ke luar negara dibenarkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR- Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi membenarkan permohonan bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman untuk mendapatkan semula pasportnya dari mahkamah bagi mendapatkan rawatan di luar negara.

Hakim Rozina Ayob membenarkan permohonan itu dengan syarat Musa perlu melapor diri dengan kedutaan Malaysia di London, United Kingdom tiga hari sekali dan Pusuruhjaya Tinggi Malaysia di Singapura  antara 23 Januari hingga 8 Februari. 

Terdahulu Rozina membenarkan pasport Musa dilepaskan bermula 15 Januari hingga 10 Februari dan pasport itu perlu diserahkan semula kepada mahkamah pada 11 Februari. 

Dalam pada itu Rozina turut mengingatkan wang jaminan akan terbatal sekiranya terdapat laporan pergerakan lain selain dari dua negara terbabit. 

“Jika tertuduh ke negara selain dari United Kingdom dan Singapura wang jaminan akan dirampas. Penjamin juga bertanggungjawab terhadap tertuduh,” katanya. 

Tambahnya, Musa juga perlu memaklumkan  alamat penginapannya kepada mahkamah sepanjang berada di dua negara itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN