BELUM pun kaki melangkah masuk ke dalam taman aktiviti SuperPark yang terletak di aras empat, pusat beli-belah Avenue K, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, sudah kelihatan dari luar beberapa orang kanak-kanak sedang mencuba pelbagai permainan. Di sebalik cermin kaca di sebelah kanan pintu masuk SuperPark itu pula, kelihatan sekumpulan remaja sedang bermain luncur ais sambil melakukan pelbagai aksi. Seorang pengunjung, Emirtaff Shahryir, 16, asyik memandang sekeliling. Ia sudah jelas menunjukkan dia…










