PUTRAJAYA 27 Jan. – Pemilik bangunan komersial yang dibangunkan di lot tanah kerajaan di Medan Imbi, Bukit Bintang, Kuala Lumpur perlu membeli tanah tersebut bagi mengelakkan ia dirampas. Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad berkata, tindakan itu merupakan antara solusi terbaik dalam menyelesaikan isu pencerobohan tanah kerajaan itu. “Sama ada pemilik bangunan komersial berkenaan membeli tanah tersebut atau kemungkinan besar Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merampas…










