JOHOR BAHRU 5 Jan. – Ahli Majlis Daerah Pontian, Mohammad Kamarul Ariffin Harris Fadzillah yang memuat naik kenyataan memperlekeh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam Facebook miliknya hari ini membuat permohonan maaf secara terbuka. Beliau turut memohon maaf kepada seluruh kerabat diraja Johor atas kenyataan yang dibuatnya Khamis lalu. “Patik mengaku kenyataan tersebut menggunakan susunan bahasa yang tidak sesuai dan melanggar norma rakyat Johor yang sopan santun. “Niat…










