JOHOR BAHRU 16 Jan. – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mencadangkan kerajaan negeri untuk memperkasakan portal khas peluang pekerjaan di negeri ini di http://johorcareer.johor.gov.my/johorcareer/pemohon/index.php. Tunku Ismail percaya jika portal itu digunakan sebaiknya oleh majikan dan belia, masalah ketidakpadanan proses mencari kerja oleh belia dan kaedah pengambilan dibuat majikan dapat dikurangkan. “Oleh itu, saya mencadangkan agar kerajaan negeri dapat memperkasakan portal itu supaya menjadi lebih mesra pengguna dan menggalakkan…










