Perbalahan tidak jejas PH - Dr. M - Utusan Malaysia

Perbalahan tidak jejas PH – Dr. M

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

VIENNA 22 Jan. – Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata pakatan itu tidak akan terjejas oleh sebarang perbalahan dalam parti tertentu, dan setakat ini gabungan itu yang kini mentadbir negara, berfungsi dengan baik.

“Dalam parti-parti itu sendiri mungkin terdapat pertelingkahan untuk mendapatkan jawatan dan sebagainya tetapi ia tidak menjejaskan gabungan PH. Kami mempunyai empat parti dan satu bukan dalam gabungan tetapi dalam kerajaan (Warisan).

“Keempat-empat parti ini sama kuat dan kami perlu mencapai kata sepakat apabila ingin membuat sebarang keputusan… Mungkin terdapat perbezaan tetapi kami boleh menerimanya dan sehingga kini kami berfungsi dengan baik dalam kerajaan,” katanya dalam sesi dialog bersama rakyat Malaysia yang tinggal di Austria dan Republik Slovak di sini malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan sama ada pakatan itu berdepan perbalahan selepas dipilih menjadi kerajaan sejak Mei tahun lepas.

PH terdiri daripada empat parti iaitu PKR, DAP, Pertubuhan Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Parti Amanah Negara (Amanah).
 Kepada soalan lain, Dr. Mahathir berkata, tenaga nuklear tidak akan menjadi sumber tenaga bagi Malaysia sehingga pakar dan sains mencari penyelesaian dalam merawat sisa nuklear dan membalikkan proses pengekstrakan radiasi supaya ia tidak menjejaskan kesihatan manusia.

Perdana Menteri berkata, sisa yang dijana oleh nuklear adalah berbahaya dan cuba menyingkirkannya adalah satu masalah. – BERNAMA

“Kerana sehingga kini, sains tidak berjaya membalikkan proses itu, anda boleh mengaktifkan bahan untuk berfungsi dan mempunyai radiasi (untuk tenaga, tetapi) tidak ada cara untuk membalikkannya.

“Jadi, sehingga itu kita tidak akan menerima loji tenaga nuklear. Tetapi, apabila tiba masanya, ketika mereka (pakar dan sains) mampu merawat sisa nuklear dan ia selamat (untuk manusia) sudah tentu kita akan mempertimbangkan semula… Tetapi pada masa ini, tidak,” katanya. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN