AMERIKA Syarikat (AS) yang tewas di medan perang dengan Vietnam mencipta ‘kemenangan’ di filem yang sengaja dihasilkan untuk menafikan kekalahan itu. Ini bukan suatu yang luar biasa kerana sebagai seni pop yang berpengaruh, filem boleh sahaja mencipta dunianya yang tersendiri seolah-olah realiti. Bagaimanapun, keberkesanan filem propaganda begini terletak pada seni penghasilannya. Memang filem boleh dihasilkan dengan pelbagai pendekatan tetapi yang mampu mempengaruhi khalayak tentulah yang berkualiti, pada dukungan pemikiran dan…










