KUALA LUMPUR 17 Jan. – Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) berpendapat kefahaman pentadbir di sekolah mengenai inisiatif dan intervensi mengurangkan beban tugas guru yang diumumkan baru-baru ini adalah penting bagi memastikan pelaksanaannya berjaya. Presidennya Kamarozaman Abdul Razak berkata tafsiran pentadbir di sekolah termasuk pengetua dan guru besar mengenai inisiatif itu mestilah sama seperti apa dinyatakan Kementerian Pendidikan (KPM) kerana jika tidak, terdapat risiko beban tugas guru akan terus wujud.…










