Pensyarah minta pelajar guna bahasa Inggeris, dipecat - Utusan Malaysia

Pensyarah minta pelajar guna bahasa Inggeris, dipecat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON 28 Jan. – Seorang pensyarah Universiti Duke, Utara Carolina dipecat serta-merta sebagai pengarah Pusat Pengajian Siswazah institusi pengajian tinggi IPT) itu selepas mendesak pelajar China supaya tidak berkomunikasi dalam bahasa Mandarin.

Dr. Megan Neely, seorang pembantu profesor dilaporkan menghantar emel kepada pelajar-pelajar program Sarjana Biostatistik dari dua fakulti berbeza yang tidak didedahkan supaya tidak menggunakan bahasa Mandarin sebaliknya menggunakan bahasa Inggeris ketika berkomunikasi di tempat awam universiti berkenaan.

Lapor BBC, dalam emelnya, Neely memberitahu, keengganan pelajar berkomunikasi dalam bahasa Inggeris hanya akan membawa ‘kesan tidak diingini’ kepada pelajar antarabangsa yang lain.

Tangkap layar e-mel pensyarah itu menjadi tular di laman sosial Twitter di China sehingga memberi tekanan kepada Pusat Pengajian Universiti Duke untuk mengkaji semula program Biostatistik. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×