IPOH 16 Jan. – Seorang Penolong Pengarah Kewangan Felda dan seorang pegawai tadbir di Felda Trolak hari ini ditahan reman selepas dipercayai terlibat dalam memperakui pengemukaan tuntutan palsu oleh seorang kontraktor bernilai RM137,900. Perintah reman selama lima harı terhadap kedua-dua suspek yang masing-masing berusia 39 dan 33 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Siti Hanum Mohmad Sah, di sini hari ini. Terdahulu, kedua-dua suspek yang berpakaian lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia…










