Penolong Pegawai Pendidikan daerah ditahan - Utusan Malaysia

Penolong Pegawai Pendidikan daerah ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Jan. – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan hari ini menahan seorang Penolong Pegawai Pendidikan daerah bagi membantu siasatan berhubung kes meminta suapan berjumlah RM2,000.

Menurut sumber, lelaki berusia 43 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Port Dickson pada pukul 3.10 petang selepas hadir memberi keterangan.

Kata sumber, suspek telah meminta wang rasuah berjumlah RM2,000 daripada seorang pengurus syarikat kawalan keselamatan sebagai dorongan untuk meluluskan tuntutan tugas pengawal keselamatan bagi bulan Oktober 2017. 

“Pengurus syarikat terbabit telah pun memasukkan wang tersebut ke dalam akaun peribadi suspek.

“SPRM akan mendapatkan perintah tahanan reman terhadap suspek di Mahkamah Majistret Port Dickson esok,” katanya, di sini hari ini. 

Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Hairuzam Mohmad Amin ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu namun tidak mengulas lanjut berhubung kes berkenaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×