TUMPAT – Seorang penjual air kelapa kerugian RM100 selepas diperdaya oleh seorang remaja berusia 20-an dengan membeli menggunakan wang palsu di gerainya di Wakaf Bharu, di sini semalam. Mangsa, Jaafar Ismail, 52, berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 5.30 petang semalam apabila didatangi seorang remaja menaiki motosikal jenis Honda EX5 untuk membeli dua gelas air kelapa berharga RM4. “Selepas saya membungkus air kelapa, remaja itu terus membayar dengan menghulurkan wang …










