HONG KONG 9 Jan. – Hong Kong memperkenalkan cadangan undang-undang bagi menghukum sesiapa yang tidak menghormati lagu kebangsaan China dengan hukuman penjara sehingga tiga tahun.
Rang undang-undang itu yang akan dibaca pertama kali di Parlimen pada 23 Januari ini, menimbulkan ‘pertarungan’ baharu antara pihak berkuasa dan aktivis demokrasi.
Draf rang undang-undang tersebut dipaparkan kepada umum hari ini dengan hukuman penjara maksimum tiga tahun selain denda sehingga HK$50,000 (RM26,183). – AFP










