KUANTAN – Penggunaan perkataan ‘Al’ di hadapan nama Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah adalah mengikut nahu Arab yang tepat. Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman berkata, Al-Sultan Abdullah telah mempersetujui penggunaan nama itu kerana mengambil kira ketepatan nahu Arab, berbeza daripada kebiasaan orang Melayu yang terus menyebut ‘Sultan’. “Penggunaan ‘Al’ ini adalah disebabkan nahu Arab seperti mana perkataan ‘the’…










